Kamis, 19 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » Pusat Gempa Bumi 470km Barat Daya Langkawi

Pusat Gempa Bumi 470km Barat Daya Langkawi


KUALA LUMPUR Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter berlaku di utara Sumatera, Indonesia pada pukul 1.40 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) melalui satu kenyataan memberitahu, pusat gempa itu terletak cuma 470 kilometer dari barat daya Langkawi, Kedah.

“Pusat gempa terletak 65 km arah tenggara Banda Aceh dan 470 km arah barat daya Langkawi,” kata kenyataan itu hari ini.

Bagaimanapun kenyataan itu tidak mengeluarkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Tambah kenyataan itu, JMM akan memantau perkembangan tersebut dan akan memaklumkan situasi semasa. 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar