Rabu, 01 Januari 2014
Browse Manual »
Wiring »
aman
»
jaminan
»
kuasa
»
najib
»
pas
»
peralihan
»
sambut
»
secara
»
seruan
»
PAS sambut seruan Najib jaminan peralihan kuasa secara aman
Najib membuat pengumuman tersebut dalam siaran langsung di stesen televisyen kerajaan Radio Televisyen Malaysia. - Gambar oleh Choo Choy May
JOHOR BARU, 3 April — PAS hari ini menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk melakukan peralihan kuasa secara aman sekiranya berlaku pertukaran kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
PAS sambut seruan Najib jaminan peralihan kuasa secara aman
Oleh Mohd Farhan Darwis
April 03, 2013
April 03, 2013


Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata rakyat juga akhirnya menyuarakan rasa lega dengan pengumuman Najib membubarkan Parlimen hari ini setelah menanti sekian lama untuk Parlimen dibubarkan.
“PAS juga mengalu-alukan jaminan PM kalau pun berlaku peralihan kuasa ianya akan berjalan dengan aman, dan PAS juga memberi jaminan bahawa peralihan kuasa ini akan berlangsung dengan penuh aman damai.
“PAS menyeru seluruh jentera dan petugas parti agar meningkatkan gerak-kerja bagi memastikan Pakatan Rakyat berjaya dalam PRU13 kali ini,” kata Tuan Ibrahim dalam kenyataannya sejurus pembubaran Parlimen itu diumumkan perdana menteri.
Najib membuat pengumuman tersebut dalam siaran langsung di stesen televisyen kerajaan Radio Televisyen Malaysia.
“Ini bakal merupakan kali terakhir rakyat akan dibiarkan dalam keadaan rimas selama dua tahun untuk mengetahui tarikh pilihanraya.
“PAS bersama Pakatan Rakyat berjanji akan mengumumkan tarikh pilihanraya setahun lebih awal apabila kami diberi mandat memerintah negara selepas PRU13 nanti,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu lagi.
PRU-13 akan menyaksikan parti politik dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) akan merebut 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri.
Daripada jumlah itu, 137 kerusi dikuasai BN, manakala 29 (DAP), 23 (PAS), 23 (PKR), Parti Sosialis Malaysia (PSM) 1, Parti KITA 1, dan 8 kerusi lagi diwakili ahli Parlimen Bebas.
Pilihan raya kali ini juga menunjukkan sejumlah 13.3 juta pengundi berdaftar akan mengundi bagi memilih calon wakil rakyat pilihan mereka. TMI
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar