Rabu, 01 Januari 2014
Browse Manual »
Wiring »
audit
»
dalam
»
isu
»
laporan
»
rasuah
»
semua
»
tidak
»
Tidak Semua Isu Rasuah Dalam Laporan Audit

Tidak Semua Isu Rasuah Dalam Laporan Audit

KUALA LUMPUR – Siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati tidak semua isu kelemahan dan ketirisan yang dibentangkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 mempunyai kaitan dengan isu salah guna kuasa, penyelewengan atau rasuah.
Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, siasatan PAC sebaliknya mendapati kebanyakan isu yang dibangkitkan menerusi Laporan Audit Negara 2012 berikutan kelemahan prosedur kerajaan yang masih boleh diperbaiki.
“Saya sudah meneliti Laporan Audit Negara 2012 secara mendalam dan mendapati tidak semua kesimpulan yang dinyatakan dalam laporan berkenaan mempunyai kaitan dengan salah guna kuasa, penyelewengan atau rasuah.
“Ada kelemahan yang perlu diperbaiki daripada segi prosedur kerajaan kerana ia tidak lagi sesuai dilaksanakan pada waktu sekarang,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila mendedahkan banyak kelemahan dan ketirisan berlaku dalam perbelanjaan wang negara oleh jabatan dan agensi kerajaan.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut memberi jaminan akan menyiasat sehingga ke akar umbi isu kelemahan dan ketirisan yang dibentangkan dalam Laporan Ketua Audit Negara tersebut.
Dalam perkembangan sama, Nur Jazlan menerima cadangan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek supaya prosiding mesyuarat jawatankuasa itu disiarkan secara langsung melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Beliau bersetuju dengan pandangan Ahmad Shabery bahawa siaran langsung itu akan dapat memberi gambaran jelas kepada rakyat mengenai mengenai perkara yang dilakukan PAC dalam menyiasat Laporan Ketua Audit Negara 2012.
Bagaimanapun, katanya, cadangan seperti itu perlu mendapat kelulusan daripada Speaker Dewan Rakyat terlebih dahulu memandangkan cadangan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu bertentangan dengan Perkara 85 Peraturan Dewan.
“Speaker Dewan Rakyat perlu memberikan kelulusan bagi membolehkan prosiding PAC disiarkan secara langsung oleh RTM. PAC tidak mempunyai sebarang masalah, ia bagus untuk jawatankuasa ini memandangkan ramai yang memberi tanggapan bahawa PAC tidak mempunyai sebarang kuasa atau lebih tepat tidak ‘bertaring’,” katanya.
Tambah beliau, siaran langsung untuk prosiding PAC bukan satu perkara baharu sebaliknya sudah lama diamalkan di negara Komanwel seperti United Kingdom dan Australia.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar