Rabu, 01 Januari 2014
Browse Manual »
Wiring »
ipta
»
jadi
»
mungkin
»
status
»
sukar
»
ubah
»
unisel
»
Ubah status Unisel jadi IPTA mungkin sukar

sinar harian
AHMAD NORMAN ABU TALIB
var dateEG = "July 12, 2012" var tarikhBM = tukarTarikh(dateEG); document.write(tarikhBM); 12 Julai 2012

SHAH ALAM – Hasrat Barisan Nasional (BN) yang berjanji akan menaikkan taraf Universiti Selangor (Unisel) kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sekiranya menawan kembali Selangor mungkin agak sukar kerana belum pernah berlaku perkara seperti itu sebelum ini.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyifatkan ia mungkin agak sukar kerana belum pernah ada perkara seperti itu berlaku sebelum ini untuk dijadikan rujukan tetapi tidak menolak ia tidak mustahil untuk dilaksanakan sekiranya menepati syarat-syarat tertentu.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, untuk menaik taraf Unisel kepada pertama sekali memerlukan ia didaftarkan semula sebagai IPTA iaitu di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).
Katanya, Unisel sekarang didaftarkan di bawah Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
“Boleh dilaksanakan tapi mesti menepati syarat-syarat tertentu tapi mungkin sukar kerana kita belum pernah ada kes sebelum ini untuk dirujuk,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang, Sulaiman Abdul Razak kelmarin pada sidang Dewan Undangan Negeri kelmarin.
Sulaiman mencadangkan agar status Unisel dinaik taraf kepada IPTA sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri ini.
Saifuddin berkata, sekiranya ia berlaku maka bajet Unisel akan diperoleh melalui bajet KPT dimasukkan di dalam bajet tahunan Kerajaan Pusat yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan sebagai ucapan bajet di Dewan Rakyat.
“Segala apa dana dimiliki ketika Unisel bertaraf IPTS boleh dikekalkan dengan beberapa cara.
“Manakala pengurusan tertinggi universiti tersebut seperti Canselor, Lembaga Pengarah, Naib Canselor, Timbalan-timbalan Naib Canselor akan ditentukan oleh KPT,” katanya.
Menurutnya, semua sistem pengurusan dan kewangan perlu diubah mengikut skim Kerajaan Pusat.
Saifuddin menegaskan tidak wujud kelayakan khusus bagi sesebuah universiti untuk menaik taraf kerana yang berbeza hanya pada pemilikan dan pendaftaran.

Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar